Sunday, June 16, 2013

Hari Kedua ~ Aku Blurrred

Assalamualaikum, alhamdulillah.

 First of all, aku just nak share kenapa aku buat blog ni. Antaranya, boleh share apa yang terjadi masa mengajar, luangkan sedikit waktu untuk relax dalam gap natara kelas, dan berkongsi masalah dengan bloggers, khususnya yang sedang atau bakal, atau telah pun pencen sebagai guru.

Aku pernah bertugas sebagai Guru Ganti (bukan GSTT), selama lebih kurang empat bulan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Remis, Perak. Sekolah tu panjang lah pula kalau nak cerita. Cuma aku lebih relax di sana dan banyak rehat-rehat sambil berbual dengan cikgu-cikgu yang lebih berumur,dan banyaknya main facebook. Aktiviti luar memang takde lah agaknya sebba aku ganti cikgu perempuan kan....

Sekarang, aku mula digelar guru,again, setelah lebih 7 bulan aku tinggalkan profesion ni atas sebab-sebab keagamaan (pilgrimage) atau senang kata aku gi empat bulan bertabligh...

Back to last year masa aku jadi cikgu buat pertama kali aku rasa janggal sungguh. Yelah sebelum ni kan jadi murid, tiba-tiba jadi cikgu. Cikgu di sebuah sekolah yang majoriti student cina dan di kelas paling belakang. Dan tak ada fikir pun nak mencari bahan-bahan dan cara mengajar topik melalui internet. Tapi sekarang ni rasanya situasi sedikit berbeza berbekalkan pengalaman yang adalah sedikit-sedikit. Anak didik pun semua sebangsa, anak-anak didikan quran semuanya alhamdulillah.

Jadi untuk kelas pertama aku adakan perkenalan lengkap. dan aku juga adakan undang-undang bertulis, ringkas tapi rasanya cukup untuk dijadikan salah satu alat mengawal pelajar. Hukuman pun diterangkan serba adanya.

Rules and regulations (for math’s and sciences classes)

1.   Giving answers for each question given in class.
2.   Bring textbook(s) related to the lesson for each class
3.   Use only English when asking or answering
4.   Speak or ask politely when you got any problem
5.   Be punctual, or else you will be punished
6.   Use your voice tone appropriately
7.   Be motivated for every class you attend

8.   Gift or punishment will be provided when situation need.
Agak-agak okay tak?

No comments:

Post a Comment