Tuesday, June 18, 2013

Lokus? Apa tu....

Alhamdulillah.

Saja je test try buat tajuk camtu. Tak bermakna aku nak menjatuhkan guru tidak terlatih di mana-mana sekolah swasta. Cuma dalam banyak-banyak yang aku ajar, dalam masa seminggu lepas, ini yang paling payah. Aku try tanya cikgu Noraini, faham la sikit. Seingat aku, dulu faham jua. tapi yelah masa tu aku 14 tahun, dan sekarang aku 24 tahun. 10 years is enough to forget much of things you learn right? Ke macamana?

Best juga mengajar sebenarnya, aku belajar jadi cikgu yang garang tapi aku sincerely bukanlah manusia yang pemarah. Aku lebih suka jadi cool bro walaupun aku bukanlah jenisnya. Mengajar budak-budak belasan tahun pasti memakan hati yang banyak, tapi sabar lebih penting. Aku teringat blog yang aku pernah baca, guru boleh marah tapi bukan dengan perasaan. Dan boleh marah tapi selepas beberapa amaran. Dan itu yang aku cuba buat. Kawalan kelas paling penting kan, kalau tak dapat kawal, budak bijak pun akan terklepas pandang.

Aku pun pernah jadi murid, dan aku cukup tak suka cikgu yang suka marah-marah, dan puji sesetengah pelajar je. Guru macam ni aku ingat sampai bila-bila. Dan sudah tentu masa aku bergurukan die, prestasi aku menurun walaupun "form" sebelumnya aku agak cemerlang. Eh tu kan guru terlatih,hehe. Maknanya terlatih atau tidak bukan alasan yang sempurna. Aku pun bukan kata aku sempurna, aku masih belajar jadi pengajar.

Aku tengok budak-budak ni masih boleh kontrol, aku harap sangat keadaan ni berterusan dan bertambah baik, lagipun mereka ni Huffaz yang jaga ayat-ayat Quran. Semoga Allah berkati pelajaran mereka dan pengajaran aku.

Kul 11 ada kelas, tengah prepare :D

No comments:

Post a Comment