Monday, January 20, 2014

Kerenah bebudak

Sudah dekat enam bulan aku bergelar guru. cukup banyak pahit, manis, riosau, duka, tawa aku tempuhi sepanjang belajar menjadi seorang guru. Memang kalau diikutkan memang susah mengajar. Perlukan perancangan, perlukan kesungguhan, kreativiti, sensitiviti, dan kekemasan. Tapi kalau bersedia InsyaAllah lebih senang.

Hari ni berbual dengan guru-guru lain tentang seorang pelajar ni. Agak menyakitkan hati sebenarnya dengan dia ni. Dia dan kawan rapatnya, dua-dua sedikit tak boleh diterima kelakuan mereka. Seorang ni aku pun tak tahu apa masalahnya yang sebenar dengan aku. Belajar agak bijak, tapimungkin sejak aku berubah dari seorang yang baik kepada garang, dia mungkin shock. Haha, pasti ada je perbuatan dia ni yang cuba nak ujikesabaran aku. Aku tetap cuba juga untuk bersabar. Kena pulak beberapa minggu ni badan aku sedikit lemah dan tak mampu nak tinggikan suara.

Kawannya lagi sorang ni okay sebenarnya, cuma agak sensitif bila ditegur. Kalau zaman kita dulu, guru marah, paling-paling akan diam je sebab sakit hati dengan ikgu tu. Tapi budak sekarang agak p[elik bila dah pandai tinggikan suyara dan betulkan cikgu. Mana hati yang tak sakit. Tapi cuba untuk bersabar adalah metod aku setakat ni. InsyaAllah nilah ujian kesabaran. Nabi saw pun guru jugak, dan dia cukup sabar dengan kerenah anak-anak didiknya.

2 comments:

  1. Sabar...perbetulkan niat mendidik kerana Allah.

    ReplyDelete
  2. Ubah teknik sikit...let the students talk.

    Contoh: Ceritakan aktiviti yang kamu lakukan sepanjang hujung minggu yang lalu.

    ReplyDelete